
Anonymous
2 tahun
Kesan ubat prednisolone
Saya mempunyai asthma semasa mengandung,setelah mengambil ubat prednisolone, kepala saya berpusing & pening sampai ke hari ini,iaitu hari ketiga,apa perlu saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, sakit kepala, pening dan rasa berpusing merupakan salah satu kesan sampingan pengambilan ubat prednisolone. Oleh kerana ia mengganggu anda, sila rujuk kepada doktor tentang keperluan anda mengambil ubat ini dan sekiranya terdapat alternatif lain yang boleh diambil menggantikan ubat ini.
Namun begitu, gejala yang anda hadapi juga boleh disebabkan oleh masalah seperti
- Migrain
- Tekanan darah rendah
- Kurang gula dalam darah
- Vertigo
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.