
duanainsya847
5 tahun
Kesan ubat RANBAXY FLUHALT
anak saya disahkan terkena virus influenza B… doktor memberi ubat influenza jenis cecair"ranbaxy fluhalt",boleh saya tahu kesan sampingan ubat ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat tersebut ialah sejenis antiviral yang boleh melawan virus dalam badan. Antara kesan sampingan ubat tersebut:
- mual/ loya
- muntah
- sakit kepala
- hidung berdarah
Walaubagaimanapun, kesan sampingan ini bergantung pada individu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.