
Sulit
4 tahun
Kesan ubat ubatan terhadap buah pinggang
Hi Dr. Saya ingin bertanya, apakah kesan ubat METFORMIN HYDROCHLORIDE terhadap BUAH PINGGANG?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat ini biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- kencing manis jenis 2
- PCOS
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan
- Cirit-birit
- Muntah
- Perut kembung
- Lactic Acidosis (boleh menjejaskan buah pinggang namun sangat jarang dan akan berlaku sekiranya pesakit dehidrasi yang teruk/ pendarahan)
Jadi pesakit dinasihatkan untuk minum air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi.
Walaubagaimanapun, pesakit disarankan agar kerap berjumpa doktor bagi memantau fungsi buah pinggang kerana ubat ini tidak boleh diberi kepada pesakit yang memiliki kegagalan buah pinggang.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.