
Sulit
4 tahun
Kesan ubat ubatan terlarang
Saya ingin bertanya. Bolehkah kalau seorang ayah yg pernah consume pil2 seperti ganja atau seumpamanya ketika melakukan hubungan seks menjangkiti kepada bayi yg dalam kandungan dan adakah ia akan memberi side effects kepada anak tersebut apabila dia sudah dilahirkan dan menjalani tumbesaran dalam kehidupan sehariannya? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, oleh kerana penggunaan ganja adala terlarang di banyak negara, kajian mengenainya adalah terhad.
Akan tetapi terdapat beberapa kesan buruk kepada bayi yang dipercayai berkaitan dengan penggunaan ganja oleh wanita ketika mengandung. Antaranya
Gangguan perkembangan dan hiperaktif
Kelahiran pramatang
Kematian bayi ketika dalam kandungan
Kesan negatif kepada otak yang sedang berkembang
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Srtakat ini belum ada kajian bagi melihat kaitan antara ayah yang mengambil ganja dengan bayi. Namun, kita sedia maklum bahawa dadah ini perosak generasi. Sekiranya bukan dari fizikal, mungkin emosi atau perkembangan bayi kelak di masa hadapan kerana membesar dengan penagih dadah. Anak-anak memerlukan contoh yang baik daripada ibu bapa untuk membesar dengan baik. Oleh itu, saya minta untuk berhenti mengambil bahan terlarang demi keselamatan dan kesejahteraan anak serta diri sendiri.
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.