
Sulit
4 tahun
Kesan Ubat untuk pasakit hepatitis B
Hi doctor,
saya pengidap hepatitis B yg sedang mengamalkan pengambilan ubat Tenofovir.
Petang kelmarin saya exciden motor & doctor ada bagi ubat iaitu
Remethan 50(Diclofenac Sodium BP 50mg) yg katanya untuk tahan sakit
dan Cephalexin untuk antibiotic.
Soalan saya, adakah saya boleh mengambil ubat tahan sakit & antibiotic itu?
Adakah ia boleh mendatangkan n pada hati saya seperti paracetamol?
Sekian terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, preskripsi ubat oleh doktor adalah sebagai rawatan kepada masalah/gejala yang dihadapi oleh pesakit. Pertimbangan manfaat ubat yang melebihi kesan sampingan menjadi keutamaan dalam setiap rawatan yang diberikan. Justeru, berdasarkan pemeriksaan tertentu terhadap kondisi pesakit secara keseluruhan, rawatan atau ubat akan diberikan oleh doktor mengikut dos ketetapan yang diperlukan oleh pesakit. Sekiranya dos ubat-ubatan diambil mengikut arahan yang ditetapkan, ia tidak mendatangkan keburukan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih