
falindanasz
3 tahun
Kesan vaksin pada swab test
Selamat pagi…tunang sye baru abiz kuarantin covid…sye pulak akn amik vaksin…dan hujung bulan nie kami akn buat swab test utk bernikah…adekah kesan sampingan vaksin pada swab test kami nnt?? Atau kene tangguh pengambilan vaksin dahulu

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang kesan vaksin kepada swab test anda nanti. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Umumnya vaksin COVID-19 tidak akan mempengaruhi hasil ujian saringan COVID-19. Namun begitu, kajian mendapati bahawa, vaksin COVID-19 berpotensi untuk mempengaruhi pemeriksaan antibodi seseorang.
Oleh kerana kajian terkini mendapati individu yang telah di vaksin juga masih boleh dijangkiti COVID-19 (namun risiko mendapat komplikasi amat rendah), anda disarankan untuk melakukan ujian saringan sekiranya berasa anda terdedah kepada sumber jangkitan.
Oleh itu, saya menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapakan maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini