
fatinnfantastic
5 tahun
Kesihatan ibu pregnant
Doktor, saya nak tanya apakah minum air soya dan makan kacang sihat untuk ibu mengandung?? Sebab saya tengok internet air soya menyebabkan kanser payuudara?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Memang tidak dapat dinafikan air soya dan produk bersasaskan soya mempunyai phytoestrogen iaitu bahan biokimia semulajadi yang menyerupai hormon estrogen.Oleh kerana hormon estrogen boleh menyemarakkan lagi kanser payudara, maka persoalan seperti ini timbul.
Oleh sebab soalan anda berkaitan ibu mengandung adalah amat disarankan untuk anda mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan ataupun pakar dietik sebelum mengambil makanan yang anda bimbang akan menjejaskan ksihatan anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.