Sulit
3 tahun
Kesihatan mental atau perubahan biasa
Adakah saya punya masalah mental kerana saya hilang minat untuk bekerja ? Sudah setahun juga saya hilang minat… effect pada attendance dan performance saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Akan tetapi, oleh kerana masalah ini memberi kesan kepada pekerjaan anda dan seterusnya ia boleh memberik impak negatif dalam hidup anda, saya amat menyarankan untuk anda berjumpa dengan doktor pakar psiakitri untuk medapatkan pemeriksaan yang lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.