
Sulit
2 tahun
Kesihatan umum perut berangin 2
hi doc. adakah ubat anxiety disorder (setraline), menyebabkan perut berangin? atau ubat darah tinggi (propanolol)?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Sertraline merupakan ubat yang boleh meningkatkan tahap serotonin, sejenis bahan yang boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan, salah satu ialah perut berangin. Gejala ini agak biasa pada pesakit yang mengambil ubat tersebut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta membimbangkan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.