
Sulit
4 tahun
Kesihatan wanita dalam hubungan seksual
Saya wanita dan ibu kepada 6 orang anak, berumur 41 tahun.Saya ingin mendapatkan kepastian tentang masalah yang berlaku. Semasa saya mengadakan hubungan bersama suami, suami akan pancutkan air mani ke dalam bila capai klimaks. Normal atau tidak apabila air mani tersebut meleleh keluar dari lubang faraj dan menyebabkan rasa tidak selesa serta kebasahan pada panties. Saya harap doc dapat menjelaskannya. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, air mani yang meleleh keluar adalah perkara yang normal dan tidak perlu dibimbangkan. Perkara ini boleh berlaku disebabkan semen dihasilkan terlalu banyak oleh pasangan anda.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.