
Anonymous
5 tahun
Kesilapan tentang pil perancang
Sya on ocp yasmin… Hr ke 7 saya terlupa mkn pil… Dn bersama suami… Utk itu 72jam saya trus ambil pil postinor… Utk tblet kedua postinor sya tlupa nk ambil… Bgaimana ya… Ada kah sya tersilap

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, cara pengambilan postinor adalah pil pertama perlu diambil dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seksual dijalankan. Ini bermaksud anda perlu mengambilnya dalam jam pertama hingga sebelum 72 jam. Sekiranya anda mengambil pil ini 72jam selepas hubungan dilakukan, pil ini tidak lagi berkesan.
Pil kedua pula harus diambil dalam 12 jam selepas pengambilan pil kedua.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan lanjut. Terima kasih.