
Sulit
4 tahun
Kesuburan selepas keguguran
sy wanita berumur 34 tahun baru keguguran pada 29/9 selama sminggu lebih tapi shingga skrg darah keluar masih on/off dlm kuantiti yg tidak bnyk (sngt sdikit) berwarna kecoklatan & bukan hari2…ada juga sy bersama suami ketika tanda kecoklatan tidak keluar pada hari2 ttentu…adakah masih berlaku kesuburan dlm tempoh sbulan sy keguguran ini…mohon perjelasan…terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan berwarna coklat yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Anda juga boleh melakukan ujian kehamilan selepas 1-2 minggu bersama dengan suami anda bagi mengenalpasti status kehamilan anda. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.