
Sulit
6 tahun
Kesucian perempuan(dara)
Boleh kah ujian di hsptal dilakukan untuk tahu wanita itu masih dara atau tidak…dan bolehkah ujian kesan berape lema sudh tiada…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Didalam bidang perubatan mahupun amnya, tiada cara untuk mengetahui seseorang wanita itu masih mempunyai dara ataupun tidak hanya berdasarkan pemeriksaan alat sulit sahaja. Hal ini kerana, anatomi alat sulit wanita (vagina dan vulva) adalah berbeza-beza mengikut umur, berat dan lain-lain faktor. Pemeriksaan boleh dilakukan untuk melihat jika wanita pernah dicabuli atau sewaktu dengannya namun, hal yang demikian juga mempunyai perdebatan mengenai kepastian pemeriksaan. Kesimpulannya, tiada cara untuk mengetahui sesorang itu masih mempunyai dara ataupun tidak melainkan wanita tersebut yang memberitahu perkara yang sedemikian. Sekian.