
effarizati
5 tahun
Kesukaran bernafas dan dada terasa sempit
Saya merasa kesukaran untuk bernafas dan dada terasa sesak… saya juga mengalamj sakit bahagian perut dan hujung hati. Saya telah mengambilpanadol sebangak 2biji kemudian menambah agi 2biji selepas tempoh tak sampai 2jam… kemudian saya telan lagi 2biji caffox dalam tempoh sebelum 2jam…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Serangan jantung
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Gangguan emosi
Ubat caffox ini merupakan ubat untuk migrain (sakit kepala), bukan untuk melegakan sakit dada. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui dengan segera. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.