Sulit
3 tahun
Kesukaran bernafas dan jantung berdegup kencang
Sejak kebelakangan ini saya kerap mengalami rasa sukar untuk bernafas dan jantung saya berdegup kencang seperti melakukan aktiviti sukan sedangkan saya tidak buat aktiviti yg memenatkan pada masa itu. Bila saya mengalami perkara tersebut saya rasa sangat letih dan terasa seperti hendak pitam
2 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!