
Sulit
2 tahun
Kesukaran bernafas , jntung berdegup laju dan kitaran haid xok
Saya wanita 20 an sy mengalami sesak nafas dan batuk tapi sy dh buat swab test dan Ia negative doc kata kemungkinan sy mengalami masalah tiroid disebabkn deguoan jantungan sy laju dan kitaran haid tidak normal adakh Ia memberhaya sbb sy bru hbis buat sec dose vaksin but Ia ok Cuma jantung sy

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda tentang kesukaran bernafas dan kitaran haid tidak normal. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anemia-Oleh kerana anda terjumpa cacing dalam najis anda, ini mungkin penyebab anda kekurangan darah.
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Selain itu, kitaran haid tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Berat badan yang rendah
- Diet yang tidak stabil
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang etrlalu aktif dan padat
- Masalah kalenjar tiroid/pituitari ataupun ovari
- Sindrom polisistik Ovari
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya perincian lain boleh dibuat supaya punca masalah tersebut boleh diketahui.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.