aqidahzainol
3 tahun
Kesukaran Bernafas mengakibatkan perlu bernafas melalui mulut seperti menguap bagai orang mengantuk
Kebelakangan ini, saya terasa sukar bernafas. Ini mengakibatkan saya berdengkur semasa tidur dan tidak dapat bernafas secara normal melalui hidung. Apabila saya ingin menarik nafas panjang, ianya tidak sampai menyebabkan saya perlu mengambil nafas melalui menguap or melalui mulut. Apakah simptom ini yea doctor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Akan tetapi, masalah sukar bernafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Akan tetapi jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat. Terima kasih.