
Sulit
5 tahun
Kesukaran bernafas sehingga sesak nafas yang teruk dan terasa sakit di dada kanan
Saya lelaki berumur 28 tahun. Saya mempunyai sejarah athma dan menggunakan inhaler biru. Saya telah diserang kesukaran bernafas sejak dua minggu yang lalu. saya telah ke klinik dan yang terbaru ke hospital kerajaan. Namun setelah mengambil sampel darah, xray dan tekanan jantung, Doctor mengesahkan saya hanya terkena mild athma attack. Doctor ada memberi saya ubat Prednisolone. Selepas saya makan ubat ni untuk 3 hari. saya mula rasa boleh bernafas semula. namun selepas ubat habis. saya tak makan ubat tersebut dan kesukaran bernafas datang balik sehingga ke harini. Kenapa ya saya rasa begini Doctor. Terima kasih banyak

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda tentang masalah sesak nafas yang anda alami. Untuk maklumat anda, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Ubat prednisolone adalah ubat yang terkawal dan anda memerlukan preskripsi untuk mendapatkan ubat tersebut. Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum preskripsi boleh diberi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.