
iskandarzmzr
5 tahun
Kesukaran bernafas tanpa batuk
Hi doc, saya mengalami kesukarsn bernafas sejak 3 hsri lalu. Saya berasa sesak dada yang seperti asthma tetapi minor buat masa ini. tiada simptom seperti demam batuk atau sakit sendi dirasakan. Cuma adakah simptom covid19 hanya dengan kesukaran berfas tanpa simptom lain. Patut kah saya membuat swab testing?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami adalah mirip sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Hipoventilasi akibat obesiti
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Anxiety
Memandangkan sesak nafas boleh jadi risiko untuk sesuatu keadaan yang merbahaya, maka digalakkan untuk anda segera berubat sekiranya sesak nafas yang dihadapi adalah berat. Malah, tidak dapat menolak kemungkinan bahawa anda mungkin mempunyai masalah anxiety.
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini