afadhley
6 tahun
Kesukaran Buang Air Kencing
bapa lelaki berusia lewat 60an. dia tidak dapat kencing selama 12jam. selepas ke hospital, dia dapat kencing selepas dipasang tiub. di dapati air kencing dalam kantung bercampur darah. selepas beberapa sesi rawatan dan cucian pundi, air kencing kembali normal. cuma hingga kini dia tidak dapat kencing secara normal. perlu kepada bantuan tiub. doktor sahkan tiada bengkak pada prostat, bukan batu karang, paras gula normal. adakah punca lain? adakah salur kencing bengkak disebabkan ulser atau sebagainya? apakah penyakit yg dihadapi sebenarnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sukar kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































