
Anonymous
5 tahun
Kesukaran membuang air besar
Dr, saya remaja berusia 20 tahun dan sedan menstruasi. Bilakah masa yg sesuai utk mengambil osmotic laxatives? Saya mèngambilnya hanya selepas mendapati saya tidak mampu membuang air besar kerana najis keras dan kesakitan pada lubang dubur. Saya mengamalkan diet seimbang namun mungkin kerana dehidrasi dan stress menyebabkan saya menghadapi sembelit. Apakah penyelesaian segera?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya sembelit, antaranya ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengubatan.
- Susu.
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.