
anaqqeeinayel
5 tahun
Kesukaran Menarik Nafas
Hello Doc, saya nk tnya kenapa setiap kali lps mkn saya akn brsa mcm mknan yg saya mkn tu msh mlekat dkt tekak? Lps tu rsa ingin sendawa tp tidak tkeluar dan kdg2 tu rsa sukar utk bnafas dan tpksa tarik nafas yg pjg2. Apakah penyebab dan cara merawatnya doc? Thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hello. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Achalasia- otot yang memisahkan esofagus dan perut gagal untuk buka dan menyebabkan makanan lekat di dalam esofagus
Kekejangan otot esofagus- menyebabkan makanan tidak dapat turu dengan baik.
Esofagus sempit
Ketumbuhan pada esofagus
Benda asing di dalam saluran
GERD.
_Eosinophilic esophagitis- Keadaan berkaitan dengan alahan makanan
Scleroderma- Pembentukan tisu parut yang menyebabkan otot yang memisahkan esofagus dan perut menjadi lemah dan menyebabkan asid mengalir kembali ke esofagus
Rawatan radiasi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.