
Sulit
4 tahun
Kesukaran untuk membuang air besar dan terdapat luka goresan kecil
Hi doktor, saya lelaki, umur 23 tahun nak tanya. Dalam 3-4 hari ni saya kesukaran untuk membuang air besar, bila diteran rasa sakit di bahagian lubang dubur. Najis keluar tak banyak, kadang hanya rasa nak membuang air besar tapi tak keluar apa apa. Nak duduk, berdiri ataupun kita kemutkan bahagian dubur terasa sakit di lubang tersebut. Sebelum ni pernah terjadi mungkin disebabkan najis keras tapi tak sampai sehari (Tak kerap berlaku), kalini jadi dah 3-4 hari sudah. Nak membuang pun saya rasa susah sebab sakit. Saya ada check sendiri, terdapat macam luka sedikit dibahagian lubang tersebut seperti goresan kecil. Adakah disebabkan luka tersebut membuat saya kurang selesa bila duduk dan berdiri? Minta pendapat doktor, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sembelit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sihat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar- Sering kali anak-anak maupun orang dewasa menunda untuk buang air besar kerana perasaan takut, malu, atau tiada privasi untuk menggunakan tandas
- Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Masalah sembelit boleh mejadikan najis terlalu keras dan ini akan melukakan bahagian lubang dubur. Kecederaan ini dipanggil fissur dubur (anal fissure). Ini akan menyebabkan kesakitan apabila anda cuba untuk membuang air besar.
Untuk mengelakkan masalah sembelit, anda boleh:
- Banyakkan serat dalam pemakanan
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.