
Sulit
4 tahun
Ketagihan beronani..zakar tak mengeras
Selalu beronani…umur 13 …tiba tiba kemaluan tidak mengeras…apakah ubat nya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, onani atau nama lainnya masturbasi merupakan satu kegiatan yang dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual mengunakan tangan ataupun alatan seksual. Setiap lapisan umur dan masyarakat adalah tidak digalakkan untuk mengamalkan kegiatan ini kerana ianya boleh mendatangkan banyak kesan buruk. Antaranya:
- Menimbulkan ketagihan yang sukar untuk dibendung. Ketagihan akan menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti kepada hubungan seksual sebenar, oleh sebab itu, walaupun setelah berhubungan anda masih mahu beronani
- Menimbulkan rasa bersalah
- Trauma pada alat sulit
Kami menasihati anda agar menghindari aktiviti ini dan berjumpa dengan doktor pakar ataupun kaunselor untuk khidmat nasihat terutamanya jika ia sudah menjadi suatu ketagihan.
Buat masa sekarang lakukan aktiviti berikut untuk mengalihkan perhatian anda daripada kegiatan masturbasi:
- Riadah atau aktiviti sukan secara berkala
- Lakukan aktiviti sosial bersama rakan dan keluarga
- Makan makanan seimbang
- Pratikkan aktiviti keagamaan
Anda tidak digalakkan untuk menggunakan apa-apa ubatan kerana anda belum berkahwin dan belum ingin mempunyai zuriat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda boleh juga mendapatkan pendapat doktor pakar urologi (Urologist) melalui link ini (specialist booking). Seorang pakar urologi arif dalam bidang berkenaan sistem reproduktif lelaki dan masal-masalah yang boleh timbul dan kesihatan seksual lelaki. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.