
khairuljabbal
4 tahun
Ketagihan beronani.zakar tak mengeras
Saya berumur 13.dulu saya selalu beronani.tiba tiba kemaluan saya tidak lagi mengeras dan saya rasa tidak berminat untuk membuat hubungan seksual lagi.saya rasa macam saya dah tiada nafsu.adakah saya telah mati pucuk.macam mana nak merawat nya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah zakar tidak dapat mengeras dan juga kurang minat dalam hubungan seksual.
Untuk makluman anda, penyakit mati pucuk merupakan penyakit yang selalunya berkait dengan umur dan ia kerap dihadapi oleh orang yang telah berumur lebih dari 60 tahun. Pada umur 13 tahun, pengeluaran hormon untuk kematangan belum lagi cukup untuk memberi rangsangan seksual seperti yang dialami oleh seorang dewasa. Oleh itu, hormon lelaki anda mungkin tidak lagi seimbang untuk mengamalkan gejala seksual.
Namun terdapat beberapa perkara yang boleh menjelaskan masalah yang anda hadapi:
- Masalah kekurangan atau ketidakseimbangan hormon
- Pemakanan yang tidak seimbang seperti kolesterol tinggi
- Masalah tiroid
- Masalah aliran darah seperti artherosclerosis
- Masalah pengsarafan yang boleh disebabkan oleh kecederaan
- Diabetes
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit jantung
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah anda kerana terdapat banyak ujian dan siasatan kesihatan anda yang perlu dilakukan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.