
Sulit
4 tahun
Ketat dada belakang dan tengkuk
Sy 38thn wanita. Rsa ketat dada, dan leher ke tengkuk.
Adakah kesan dari bersenam atau kesan dari masa makan@diet yang tidak teratur ?
(Smlm bersenam dan pagi tadi lambat sarapan).
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Radang tulang rawan, Costochondritis
Pedih ulu hati
Jangkitan kuman pada paru-paru, Pneumonia
masalah salur darah koronari
Trauma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.