Sulit
4 tahun
Keterangan penyakit psoriasis
Hai doc … sy nk tanye apa beza kurap dengan psoriasis dan apa punca psorisis ? Adakah ia berjangkit ? Adakah ia berbahaya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk maklumat anda, kurap dikenali sebagai tinea corporis dalam bahasa perubatan. Ia disebabkan oleh jangkitan kulat atau fungus di bahagian kulit seseorang.
Psoriasis pula adalah masalah pada kulit disebabkan oleh pergandaan sel kulit yang lebih laju dari biasa. Punca sebenar psoriasis masih tidak diketahui tetapi terdapat kajian mengatakan psoriasis adalah disebabkan oleh masalah sistem imun yang menyebabkan radang pada bahagian kulit.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Psoriasis tidak berbahaya dan ia tidak boleh berjangkit kepada orang lain. Terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan untuk pesakit psoriasis seperti:
- Rawatan topikal: Doktor akan memilih rawatan ini sebagai rawatan utama. Sekiranya gagal doktor akan mencuba alternatif lain seperti;
- Fototerapi dan rawatan sistemik
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.


































