
Sulit
4 tahun
Ketiak and Celah Paha Hitam
Saya perempuan berumur mid 20’s… Sejak berusia belasan tahun lagi ketiak dan celah paha saya bertukar menjadi hitam legam… Saya jugak mempunyai paha yg besar… Adakah sebab geseran… Kulit saya menjadi hitam… Macam2 produk saya dah cuba… Masih lagi sama… Adakah specific ubat boleh digunakan utk mencerahkn balik kulit saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ketiak hitam yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- iritasi daripada bahan kimia
- iritasi daripada mencukur
- pengumpulan sel-sel kulit yang dah mati
- akibat merokok
- peningkatan melanin (hyperpigmentation)
- obesiti
- perubahan hormon
- jangkitan bakteria
Untuk masalah celah peha anda ada beberapa penyebab ia boleh berubah warna menjadi gelap seperti:
- kulit peha melecet
- hormon yang tidak seimbang
- ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan
- geseran dari kain yang ketat
- kulit kering
- kencing manis
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.