Sulit
6 tahun
Ketiak disebelah kiri terasa nyeri
Sy seorang ibu kepada seorang anak . Anak saya berumur 3tahun lebih . Dan masih menyusu . Pada 3-4 hari yang lepas , saya mendapati ketiak disebelah saya terasa sakit & ngeri . Tapi tiada benjolan doktor , cuma terasa sakit bila ditekan . adakah memakai salah size Bra boleh mengakibatkan rasa ngeri tersebut ? Dan sudah saya periksa kedua dua belah ketiak saya mendapati dua dua nya dalam keadaan yang sama . tiada benjolan cuma disebelah kiri sahaja yang dibahagian lemak itu terasa nyeri . Dan perkara ini juga saya alami ketika mengalami datang bulan . Adakah ia normal atau abnormal . Mohon pencerahan dari doktor amat saya hargai .
Sekian , terima kasih .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit ketiak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Muscle strain
- Sakit terkait haid
- Pembengkakan nod limfa
Memandangkan gejala ini telah berlangsung berulang kali, dan dapat menganggu kesejahteraan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































