
Sulit
4 tahun
Ketiak hitam dan berbau
Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah hitam dan berbau? Boleh ke doktor tolong sarankan produk apa yang sesuai untuk mengelak ketiak daripada berbau dan hitam.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- iritasi daripada bahan kimia
- iritasi daripada mencukur
- pengumpulan sel-sel kulit yang dah mati
- akibat merokok
- peningkatan melanin (hyperpigmentation)
- obesiti
- perubahan hormon
- jangkitan bakteria
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Seeloknya diagnosis perlu didapatkan dahulu sebelum melakukan apa-apa rawatan. Antara rawatan untuk masalah ketiak gelap ialah:
- Krim atau lotion yang mengandungi hydroquinone, tretinoin, corticosteroids, azelaic acid, or kojic acid
- Rawatan laser
- Rawatan pengelupasan (exfoliation)
- Dermabrasion
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.