
Sulit
4 tahun
Ketiak sakit tiada benjolan
Saya wanita 19 tahun. saya mengalami ketiak sakit pada kedua-dua belah kanan dan kiri sejak seminggu lalu. Sekarang saya sedang period hari ke-3 dan masih sakit. Sakitnya berdenyut on off

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, gejala sakit pada ketiak boleh disebabkan oleh:
- Radang kulit pada ketiak
- Otot yang terseliuh
- Masalah pada saraf di kawasan tersebut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.