Sulit
5 tahun
Ketiak selalu berpeluh walaupon tak melakukan satu aktiviti
Saya umur 17 boleh tak dok bagi cara untuk CEGAH ? PLEASE JWB DOK
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai masalah yang anda alami untuk mengetahui punca sebenar. Namun begitu, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian seperti:
- Hyperhidrosis
- Hipertiroid (masalah kelenjar tiroid)
- Hyperpituitarism (masalah kelenjar pituitari)
- Masalah keresahan ataupun anxiety
Ini hanyalah pandangan kami secara umum. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan
Untuk membendung dari masalah berpeluh dengan terlalu kerap dan kesannya, anda boleh lakukan langkah-langkah berikut:
- Menggunakan deodoran antiperspiran
- Mandi dan membersihkan badan anda
- Sentiasa menukar pakaian dan stokin selepas melakukan atau pulang dari membuat aktiviti
- Melakukan teknik merehatkan diri seperti latihan pernafasan dan yoga
Sekiranya perkara di atas tidak memberikan kepuasan kepada anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah ini.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi bersama dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.


































