shazrennashaznie
6 tahun
Ketidak stabilan hormon
Saya lelaki yang sudah berumur 20 tahun dan masih belum akil baligh . Saya kerap melakukan onani semasa saya sekolah menengah lagi . Bagaimanakah saya dapat menstabilkan hormon saya semula ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Untuk makluman anda, biasanya seorang lelaki mulai akil baligh apabila mencapai usia 9 tahun sehingga 14 tahun. Biasanya tanda paling awal adalah adanya
- Pembesaran buah zakar sehingga kulit buah zakar memerah, menipis
- Tumbuh bulu di dasar zakar (penis)
Selama setahun setelah kejadian diatas, anda akan mulai melihatkan perubahan tubuh seperti berikut:
- zakar dan buah zakar membesar serta menjadi semakin gelap
- Bulu zakar semakin lebat dan keriting
- Bulu ketiak mulai tumbuh
- Mimpi basah (wet dreams)
- Suara pecah menjadi lebih dalam
- Mulai tumbuh jerawat
- Pertambahan ketinggian yang mendadak.
Sebetulnya onani tidak mempengaruhi kejadian akil baligh. Sekiranya anda mendapatkan bahawa kejadian diatas tidak berlaku kepada anda, sebaiknya anda merujuk doktor memandangkan usia anda sudah 20 tahun (lebih 14 tahun). SIlakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































