Sulit
3 tahun
Ketidakselesaan bernafas (shortness breath) ketika berbaring dan tidur
Saya wanita berumur 37 tahun, mula mengalami (gangguan pernafasan) ketika berbaring dan tidur sejak 3 ke 4 hari lepas. Mengambil masa yang agak lama,untuk bernafas seperti biasa saat berbaring.Saya tidak batuk/ selsema, tiada alahan, tidak demam, mempunyai sejarah asma (kali terakhir serangan ketika berumur 16 tahun), mempunyai penyajit gastrik, tetapi tiada serangan gastrik dalam waktu terdekat. Tiada sakit dada,cuma ketidakselesaan di bahagian dada dan tekak hanya ketika berbaring. Sering terjaga, kerana dengkuran sendiri. BMI badan 24, tiada diabetes dan darah tinggi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sesak nafas yang anda alami. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- tekanan darah rendah
- gula yang rendah dalam darah
- sel darah merah rendah dalam darah
- Dehidrasi
- Pengambilan nikotin, kafein serta alkohol
- Masalah emosi- Stress, depresi, kebingungan yang melampau
- Alahan terhadap makanan, bulu haiwan
- Asma
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Sila berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital yang terdekat sekiranya terdapat gejala seperti yang berikut:
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah sesak nafas ini berlarutan sehingga mengganggu aktiviti harian anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.