Sulit
2 tahun
Ketidakselesaan melebihi sebulan rasa mcm panas on off kaki sejuk
Saya lelaki umur 24 tahun,sudah hmpir sebulan saya rasa badan saya ni bila bangun tidur saje panas & kaki sejuk seakan demam tapi tak de pening kepala,muntah ,batuk,selsema & lain2 cuma rasa x selesa badan saje…tapi bila saya pergi berjumpa dr di KKM dr mengesahkan saya tiada demam suhu pun 36…darah merah normal serta darah putih…tapi saya tetap merasakan ini sehingga harini…sngt membimbangkan… apa saranan dr.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kaki sejuk sehingga sakit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- berat badan rendah (kurang dari standard BMI normal)
- masalah hormon seperti tiroid
- masalah vaskular
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.