
ana97orked
5 tahun
Ketidakselesaan pada perut
Assalamualaikum dan hai, saya perempuan,berumur 20 tahun. Apa penyebab perut rasa sebu dan tidak selesa? Dalam 2-3 hari ni,bila makan je perut rasa penuh walaupun makan dalam kuantiti yang sedikit. Perut rasa kembung dan sedikit sakit pada bahagian atas. Perkara ini kerap berlaku pada saya. Untuk pengetahuan, dalam 2-3 bulan lepas perkara sama turut berlaku dan disusuli dengan muntah2 dan cirit birit. Doktor kata badan banyak angin. Apa yang perlu saya lakukan? Keadaan perut yang tak selesa sangat mengganggu saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ketidak selesaan pada perut anda terutamanya selepas makan boleh disebabkan:
- Asid refluks (gastrik)
- Alahan makanan
- Penyakit ulser perut
- Masalah hempedu seperti radang hempedu
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.