
Sulit
2 tahun
Ketidakselesaan pada testis dan pening kepala
Angin pasang (hernia)
Hidrosele - kumpulan cecair dalam buah zakar
Jangkitan buah zakar
Buah zakat terbelit
Adakah kesemua penyakit akan menyebabkan pening kepala dan loya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, sekiranya ia adalah dari jangkitan kuman, ia boleh menyebabkan gejala pening kepala dan loya. Namun gejala-gejala ini mempunyai diagnosis yang luas seperti:
- Keracunan makanan
- Migrain
- Kesan pencemaran udara seperti jerebu
- Kesan pengambilan ubat
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.