Anonymous
6 tahun
Ketidakselesaan sebelum dan selepas buang air kecil
Sy terasa tidak selesa d kemaluan pd mulanya terus ke klinik swasta utk dptkan rawatan + ngenangkan dl pernah terjadi satu kali pedih dan bernanah,tp slps dptkan injection terus sembuh tp kali ni berbeza tkder sakit yg teruk tkder nanah tp dh d inject dua kali termasuk inject penisulin sbb doktor suspect clamydia dan memgambil darah sy utk d hantarkan pada lab swasta tp bila keputusan keluar hiv non dtact,clamydia,siplis result semua ok tp sy masih dlm keadaan sama maksudnya kerap kencing dan tk selesa maka sy pergi ke klinik swasta lagi satu terus dia suspect gonorea sbb ktnya doktor yg lama tk ambil sampel air kencing,setelah d beri ubat dos yg kuat mcm aezen apa tah sy lupa tp 500mg sy rasa ada keselesaan berbanding sblm ini cuma sy masih d pantau bbrp hari slps mkn ubat ni,jika ok dia ckp tk perlu dtg lg tp klu tk ok masih dalam keadaan sama perlu lg skali utk ambik air kencing atau injection gonorea…apa pandangan dan nasihat doktor d sini?terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Untuk menjawab soalan anda, Gonorrhea merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Nesseria Gonorrhea. Apabila jangkitan ini dibiarkan sahaja tanpa rawatan, ia akan terus berlanjutan dan menyebabkan komplikasi yang kronik. Anda juga disarankan untuk :
- menguunakan Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































