
Sulit
5 tahun
Ketidakselesaan tekak, terasa berkahak, tetapi tak dapat dikeluarkan. Tekak tidak sakit, masih boleh menelan seperti biasa
Saya adalah wanita berusia 27 tahun. Saya mengalami ketidakselesaan tekak dimana tekak berasa kering dan terasa ada kahak, seminggu dah. Tidak rasa sakit dan boleh menelan seperti biasa. Bagaimana keadaan sakit tekak jika terkena jangkitan virus covid?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.