
Sulit
3 tahun
Ketidakselesaan untuk bernafas
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya mengalami shortness of breath, rasa seperti ada sesuatu tersekat di kerongkong tapi sy tidak mengalami batuk, selesema dan sakit tekak.Adakah ini simptom covid19? Deria bau dan rasa juga masih baik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut kenyataan diatas, anda mengalami masalah ketidakselesaan untuk bernafas rasa seperti sesuatu tersekat di kerongkong. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala seperti ini lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Ketegangan otot dada
- Alahan
- Resdung
- Kepenatan dan kurang berehat
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kekurangan darah atau anaemia
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Asma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut dan menentukan sama ada ianya adalah simptom COVID-19 ataupun tidak…
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.