
aisah.mansul
6 tahun
Ketika bernafas sakit tulang rusuk kiri
Saya pernah terjatuh ke dalam longkang beberapa hari yang lalu dan sekarang saya menghadapi masalah sukar bernafas kerana sakit d bahagian rusuk kiri ketika saya hendak bernafas

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sakit pada rusuk anda mungkin disebabkan oleh kecederaan ketika jatuh longkang. Terdapat kemungkinan otot, saraf atau tulang dada anda tercedera dan menyebabkan kesakitan dan kesukaran ketika menarik nafas.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih