
Anonymous
6 tahun
Ketika kencing berasa pedih
saya lelaki 20an dan apa bila saya kencing berasa pedih beberapa hari

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.
Antaranya :
• Penyakit Seksual (STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV)
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• “Benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.