
Sulit
4 tahun
Ketuat di puting payudara
Saya wanita berumur 48 thn, masalah saya adalah ada ketuat kecil di bahagian puting sebelah kiri payudara saya,saya agak takut juga sebab tempat tumbuh di puting payudara adakah itu berbahaya dan bagaimana cara nak hilangkan ketuat tsbt, terima kasih doctor atas pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Breast cyst
- Fat necrosis
- Lipoma
- Sebaceous cyst
- Jangkitan kulit di bahagian payudara
- Radang kulit atau dermatitis
- Kanser payudara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Saranan tambahan kami adalah anda perlu membuat pemeriksaan payudara kendiri secara berkala dan sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda atau gejala di bawah disebabkan oleh masalah payudara:
- Demam
- Terdapat cecair atau nanah keluar dari puting
- Puting merekah
- Ketulan yang menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Penurunan berat badan
- Hilang selera makan
Bergantung kepada diagnosis yang diberikan oleh doktor, bijian atau ketuat tersebut boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan atau prosedur pembedahan atau rawatan selain ubat-ubatan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.