
nurasyira0410
5 tahun
Ketuat kelamin dan Parut hitam kurap
Saya wanita berusia 20 thn mula ada penyakit kurap sejak 2015 .Tapi sudah hilang, tinggal parut hitam di daerah kelengkangan dan kemaluan. serta saya perasan saya ada ketuat kelamin. Saya risau. dan kitaran haid saya tak normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Berkenaan dengan masalah kulit anda di bahagian kemaluan, sebetulnya masalah kulit harus dilihat dan diperhatikan. Sukar untuk doktor mendiagnosis dan memberikan ubat yang sesuai jika hanya bersandarkan kepada keterangan dan penjelasan saudari sahaja.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.