
Sulit
3 tahun
Ketuat kelamin secara tiba tiba
Saya lelaki berumur 20an,sy nak tanya bagaimana UTK merawat ketuat di kepala zakar?? Boleh tak docter suggest nama ubat yg boleh mengubati

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami masalah ketuat pada zakar anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk memberikan anda rawatan yang sesuai, kami memerlukan maklumat tambahan serta ujian klinikal untuk memastikan punca ketuat pada zakar anda. Secara umumnya, ketuat boleh dirawat dengan meggunakan ubat sapu atau prosedur cryotherapy. Ada kalanya ketuat boleh hilang dengan sendiri tanpa rawatan. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor mengenai rawatan ketuat yang bersesuaian dengan anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.