Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni
hai doc…seorang wanita hamil 25 minggu berumur 28 tahun…pada 2018 sy pernah di jangkiti ketuat kelamin…dan sekarang semasa hamil sy di jangkiti semula…doc telah saran kan sy menggunakan krim aldara…3 kali seminggu…tapi sy masih was2 utk menggunakannya…adakah krim aldara ini akan memberi effect kepada bayi dalam kandungan sy?
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tiada kajian yang menunjukkan krim ini boleh memberi kesan sampingan kepada kandungan. Namun, sekiranya anda masih was-was, anda boleh mengubati ketuat anda setelah bersalin. Hal ini kerana ketuat tersebut tidak membahayakan. Ia cuma menunjukkan bahawa anda dijangkiti oleh virus HPV yang menyebabkan ketuat kelamin.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.