
Sulit
5 tahun
Ketuat kelamin wanita
saya belum kahwin lagi, tp saya rasa ada biji biji dalam kemaluan saya. dulu biji biji tersebut tidak banyak tapi sekarang bertambah. apa perlu saya buat ? saya malu untuk berjumpa dengan doktor. ada tak ubat yang boleh membantu hilangkan ketuat tersebut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengatahuan puan, ketuat merupakan salah satu ketumbuhan yang paling biasa di bahagian kelamin. Ketuat adalah disebabkan oleh jangkitan HPV atau human papilloma virus. HPV biasanya merebak melalui hubungan kelamin atau dari ibu ke anak semasa proses kelahiran. Ketuat biasanya tidak mendatangkan bahaya kepada pesakit tetapi jangkitan HPV kronik yang tidak dirawat boleh menyebabkan kanser pintu rahim atau cervical cancer.
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membuang ketuat. Antaranya:
- Ketuat yang kecil biasanya akan hilang dengan sendiri tanpa rawatan
- Ubatan sapu- ia boleh didapati dalam bentuk krim, gel, cecair atau pelekat berubat. Ubatan yang mengandungi salicylic acid adalah ubat yang paling popular untuk ketuat. Ia harus digunakan setiap hari sehingga 12 minggu untuk membuang ketuat dengan berkesan. Ubat sapu ini tidak boleh digunakan pada bahagian muka dan ada sesetengah ubat tidak sesuai digunakan ketika mengandung atau jika becadang untuk mengandung.
- Cryotherapy atau laser
Untuk mencegah ketuat, anda digalakkan untuk mengamalkan hubugan kelamin yang selamat. Pasangan anda digalakkan untuk menggunakan kondom. Hindarkan pergaulan bebas dan setia kepada pasangan anda. Elakkan dari berkongsi perkakas dengan orang yang mempunyai ketuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau pihak farmasi kam di link ini (DoctorOnCall EPharma) secara peribadi melalui atas talian.