
Anonymous
6 tahun
Ketuat lama adakah berbahaya
Ketuat yang berpuluh tahun boleh kan dibuang.saya mempunyai ketuat di bahagian kaki semenjak kecil.dah sekarang ketuat tu dah berusia hampir 20 thn plus plus.
Adakah ketuat ini berbahaya jika tidak dibuang.kerana ketuat ini sesekali terasa gatal dan perlu diketip dengan pengetip kuku.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai rawatan tetapi agak sukar untuk membuang ketuat sepenuhnya. Percubaan rawatan perlu dibuat beberapa kali sekiranya gagal . Tanpa rawatan, 65% ketuat boleh hilang selepas 2 tahun. Namun begitu, tanpa rawatan, ia boleh membesar dan merebak lebih banyak. Membuang ketuat dengan pengetip kukuk tidak digalakkan
Antara rawatannya ialah :
- Asid salicylic. Ianya boleh dibeli dan disapu atau di tampal dibahagian yang terlibat. Efektif untuk 70 hingga 80% pesakit.
- Cryoterapi dengan suhu -196ºC boleh digunakan dan memerlukan rawatan ulangan setiap 1-4 minggu sehingga baik keseluruhannaya. (Kebanyakan akan melakukan rawatan ini )
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih