Sulit
6 tahun
Ketuat tumbuh pada zakar
Hi, saya berumur 29 tahun dan ingin bernikah pada bulan 12 ini. Saya baru menyedari wujudnya ketuat pada zakar saya namu dalam kuatiti yang kecil.
Bolehkah doktor syorkan klinik yang harus saya pergi di sekitar KLCC.
Dan adakah saya mempunyai harapan untuk berhubungan intim tanpa kondom bersama bakal isteri saya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala “ketuat” pada zakar anda boleh bermaksud jangkitan virus HPV, jerawat, jangkitan kelamin ataupun kista (cyst). Untuk merawatnya, diagnosis yang tepat perlu diketahui dahulu. Anda boleh pergi ke mana-mana klinik yang anda berasa selesa di sekitar KLCC. Manakala mengenai hubungan intim anda dan isteri pula, ia bergantung kepada kondisi yang doktor sahkan samada ianya berbahaya ataupun tidak.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































