
Sulit
5 tahun
Ketuat yang sebati dengan kulit bertahun lama
Saya berumur 21 tahun . Saya pernah berjumpa doktor utk pertama kali untuk bertanya tentang ketuat yang membesar di atas hidup saya tetapi cuma satu . Bertahun tahun ketuat tu tak hilang atas hidung saya . Makin saya nak buang makin hitam . Adakah ia melibatkan kanser atau tumor . Kerana saya tidak merasa sakit dan ia sudah sebati dengan kulit muka saya . Beberapa hari yang lepas pendarahan berlaku kerana saya cuba untuk membuang bahagian kulit atas ketuat .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas untuk mendapatkan gambaran sebenar masalah anda. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Justeru, adalah digalakkan untuk anda merujuk masalah ini ke doktor sebelum ia menganggu sisi kosmetik wajah anda.
Bagaimmanapu, untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih